AnakMelayu.
Namaku Nadia.
14.
Sekolah Menengah St.Margaret's.
Terima Kasih dan jaga diri baik-baik ya. (:
Ingin memberitahu sesuatu? Sila emel kepada nadiasmss.anakmelayu@hotmail.com
Komen & Kritik.



Links.
Pertandingan Blogging 2010.

Terima Kasih.
basecodes:223
background:YVONNE Host:1 2
Designer:1 2
Muzik Oh Muzik!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


Comel Oh Comel!(;
Artis-Artis Kegemaran saya. (:
Sezairi Sezali!

Hyrul Anuar!

Didicazli!

Hady Mirza!

Taufik Batisah!

SleeQ!

Tuesday, July 27, 2010
Perbincangan: Rentak Singapura 2010. blogg-ed at 9:49 PM

RENTAK SINGAPURA 2010'.
Anda pasti tahu bahawa RENTAK SINGAPURA 2010' akan tiba tidak lama lagi! Mesti semua muzik-fanatik di luar sana tidak sabar untuk menonton konsert ini. Betul tidak?
Apakah tujuan penganjur konsert ini? Saya rasa mereka ingin menonjolkan bakat artis-artis tempatan kita, seperti Didicazli, Sleeq, Fauzie Laily, Revalina, Nana, J.Mizan dan ramai lagi. Apa yang berlainan pada tahun ini, ialah mereka akan mengabungkan artis-artis lama dan juga yang baru. Apa yang saya dengar di radio RIA89.7FM, contohnya, kumpulan Sleeq akan menyanyikan lagu yang agak lama iaitu lagu yang berjudul 'Hari Ini dan Smalam.' dengan gaya mereka sendiri. Menarik bukan? Saya rasa ini adalah satu tujuan yang baik kerana ia membawa artis-artis yang baru, tetapi bukan itu saja, membawa juga, artis-artis yang lama untuk beraksi di pentas RENTAK SINGAPURA 2010' yang akan diadakan di DOWNTOWN EAST D'MARQUEE.
Tiada yang lama, tiada yang baru. Kita wajar menghargai ciptaan artis-artis yang lama bukan? Tiada mereka, tiada muzik pada zaman ini. Apakah pendapat anda? Sila komen ya. (:
Assalamualaikum,
Nadia(:
Wednesday, July 14, 2010
Mencari bakat atau mencari model? blogg-ed at 5:06 AM
Idola Singapura ke Anugerah. Project SuperStar juga Vasantham Star. Pasti anda semua tahu kesemua pertandingan nyanyian yang pasti hangat apabila diadakan. Mencari bakat atau mencari model? Apa maksud saya, anda tanyakan. Anda rasa penyokong-penyokong macam kita ini menyokong siapa? Orang yang mempunyai bakat atau hanya menyokong yang mempunyai wajah yang tampan dan cantik? Kita, terutamanya, kebanyakan remaja-remaja perempuan macam saya ini, sudah mesti menyokong peserta lelaki bukan? Mesti yang comel. Mesti yang kacak. Mesti yang tampan. Betul tidak? Macam saya. Semasa pertandingan Idola Singapura, semasa Sezairi Sezali memenangi peraduan itu, pada mulanya, saya menyokong peserta-peserta seperti Sezairi sendiri, Farhan Shah, Faizal Isa. Mengapa? Sebab, mereka adalah peserta-peserta yang paling, boleh dikatakan, comel atau yang paling tampan. Apabila di sekolah, maklumlah saya ini dari sekolah perempuan, apa lagi, terpekik sana, terpekik sini lah..

"Argh! Faizal Isa cute-nya! Cute kan? Cute kan?!! Farhan Shah cute kan?!"


Semuanya cute. Tetapi, soalannya. Wajarkah kita menyokong hanya peserta yang mempunyai bakat dan juga mempunyai rupa yang tampan dan cantik? Bagaimana pula dengan peserta yang mempunyai bakat tetapi mempunyai rupa yang sederhana? Adilkah itu?

Pada pendapat saya, saya betul rasa bersalah kerana selama ini saya telah bersikap tidak adil. Maksud saya, selama ini, semasa peraduan nyanyian seperti Idola Singapura misalnya, masa mahu memilih peserta yang mana satu harus saya menyokong, saya akan memilih peserta-peserta yang mempunyai rupa. Wajarkah saya berbuat demikian? Cuba anda fikirkan...

Assalamualaikum,
Nadia. (:
Gambar diambil daripada Faizal Isa's Facebook. Credits to Faizal Isa. (:
Monday, July 12, 2010
Muzik zaman ini, MUZIK CINTA? blogg-ed at 9:30 PM
Muzik zaman ini? Selalu mengenai apa? CINTA. CINTA. CINTA. Sedikit-sedikit pasal cinta, tentang hubungan antara dua insan, tentang seseorang suka pada seorang itu. Orang putus cinta pun ada. Betul tidak? Boleh dilamun cinta tahu! Haha. (: Apa pendapat anda? Saya ada beberapa contoh lagu pada zaman ini, semuanya dari artis-artis kegemaran saya. Cuba anda dengar. Kalau mahu bernyanyi bersama, boleh juga... (:

Teman Istimewa- Taufik Batisah.



Cun Saja- Sleeq.



Angkasa- Hady Mirza.



Nadya- Khairil Yusof.



Alamak. Lagu terakhir... Lagu untuk saya nampaknya. (: Sedap-sedap belaka bukan, lagu-lagu ini? Mesti anda semua tahu dan kenal siapa penyanyi-penyanyi tersebut. Kembali pada topik MUZIK CINTA. Apabila anda semua mendengar lagu-lagu itu, semuanya ada berkaitan dengan cinta bukan? Mahu menunggu teman istimewa ke mengarang lagu untuk si dia. Dilamun cinta pula. Dari sini, anda ada tertanya-tanya tidak, kenapa kebanyakan lagu-lagu zaman ini semuanya tentang cinta? Tiada tentang lainkah? Ataupun, komposer-komposer tiada idea? Hmm.... PENDAPAT??

Assalamualaikum,
Nadia. (:
Saturday, July 10, 2010
Ada perubahan? blogg-ed at 3:51 AM
Ramai berkata, terutamanya orang zaman dahulu, lagu zaman sekarang tidak sama seperti lagu zaman dahulu. Betulkah? Ada perubahan? Kebanyakan yang mengatakan "Ya" kepada soalan itu. Ada yang berkata lagu zaman sekarang merepek? Lagu zaman sekarang tiada makna? Hmm.. Saya telah bertanyakan kepada beberapa orang. Mari kita tinjau apa mereka katakan. Pertama, saya telah bertanyakan kepada seorang pelajar berumur lima belas tahun, bernama Syafiqah.


Soalan: Awak rasa ada perubahan dengan lagu zaman sekarang dengan lagu zaman dahulu?Jawapan: Ada perubahan. Lagu zaman dahulu rentaknya, boleh dikatakan tidak serancak lagu zaman sekarang. Semestinya, ramai orang-orang zaman dahulu akan meminati lagu-lagu zaman mereka. Untuk remaja seperti saya, saya rasa lagu-lagu zaman sekarang lebih menarik perhatian saya. Rentaknya lebih rancak dan saya suka mendengarnya.

Kedua, saya telah bertanyakan kepada Shafeeqah, seorang pelajar berumur empat belas tahun untuk memberi pendapatnya.

Soalan: Awak rasa ada perubahan dengan lagu zaman sekarang dengan lagu zaman dahulu?
Jawapan: Ada perubahan. Saya memerhatikan lagu zaman dahulu dan zaman sekarang, saya rasa, lagu zaman sekarang menggunakan alat muzik moden seperti piano dan drums lebih kerap. Setahu saya, lagu zaman dahulu tidak menggunakan alat-alat seperti ini. Selain itu, setahu saya lagu zaman dahulu tidak mempunyai ‘rap’ didalam sesebuah lagu itu. Saya rasa, tertarik pada muzik ‘rap’ dari barat, beberapa komposer-komposer Melayu kita mula memasukkan ‘rap’ pada lagu-lagu Melayu kita sekarang. Dan sebab itu, lagu-lagu Melayu zaman sekarang ada kelainannya.

Ketiga, saya telah bertanyakan kepada seorang wanita beumur dua puluh tiga tahun dan ini adalah pendapatnya.

Soalan: Awak rasa ada perubahan dengan lagu zaman sekarang dengan lagu zaman dahulu?
Jawapan: Mesti ada. Dengan adanya alat-alat canggih pada zaman sekarang, lagu-lagu Melayu kita, saya rasa, sudah berubah. Hip-hop dan rap, setahu saya dari barat, telah dimasukkan ke dalam lagu Melayu. Semestinya, orang-orang zaman sekarang, terutamanya remaja-remaja, lebih suka mendengar lagu-lagu sekarang dari mendengar lagu Melayu dahulu. Saya pernah menanyakan kepada seorang remaja.. “Kenapa tidak suka mendengar lagu-lagu dahulu?” Dia berkata, “Tidak suka la. Lagu semua slow and steady. Kadang-kadang merepek pun ada. ” Saya rasa semua orang ada pilihan sendiri. Tetapi, saya memang setuju bahawa lagu-lagu zaman sekarang sudah berubah.


Pada pendapat saya pula, saya rasa, lagu-lagu Melayu sekarang memang ada kelainannya. Saya juga rasa, lagu zaman sekarang lebih menarik kerana lagu-lagunya rancak. Apa pula pendapat anda? Anda boleh meninggalkan apa-apa komen di kotak yang berwarna kuning. Komen ya, jangan tidak komen!! (:

Assalamualaikum.
Nadia. (:
Wednesday, June 30, 2010
Salam sejahtera semua. (: blogg-ed at 12:31 AM
Selamat datang ke anakmelayumemangberbakat.blogspot.com! (:
Anak melayu= seni muzik.
Apa pendapat anda? Adakah anak melayu kita pada zaman sekarang begitu berbakat dalam bidang ini? Iaitu bidang muzik? Anda menentukan.
Di dalam blog ini, saya akan memperbincangkan tentang muzik Melayu.
Muzik Melayu zaman dulu dan zaman sekarang. Masih samakah?
Ataupun muzik zaman sekarang lebih mengikuti ke arah barat?
Komposer lagu-lagu Melayu zaman sekarang, seperti Imran Ajmain, Alyph Abdullah(SLEEQ) dan ramai lagi. Adakah lagu-lagu mereka sama seperti lagu-lagu yang direka zaman sekarang? Soalan itu masih lagi tertanya. Ramai, terutamanya orang dulu-dulu berkata bahawa lagu sekarang lebih berbeza dari dulu. Betulkah?