AnakMelayu.
Namaku Nadia.
14.
Sekolah Menengah St.Margaret's.
Terima Kasih dan jaga diri baik-baik ya. (:
Ingin memberitahu sesuatu? Sila emel kepada nadiasmss.anakmelayu@hotmail.com
Komen & Kritik.



Links.
Pertandingan Blogging 2010.

Terima Kasih.
basecodes:223
background:YVONNE Host:1 2
Designer:1 2
Muzik Oh Muzik!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


Comel Oh Comel!(;
Artis-Artis Kegemaran saya. (:
Sezairi Sezali!

Hyrul Anuar!

Didicazli!

Hady Mirza!

Taufik Batisah!

SleeQ!

Saturday, July 10, 2010
Ada perubahan? blogg-ed at 3:51 AM
Ramai berkata, terutamanya orang zaman dahulu, lagu zaman sekarang tidak sama seperti lagu zaman dahulu. Betulkah? Ada perubahan? Kebanyakan yang mengatakan "Ya" kepada soalan itu. Ada yang berkata lagu zaman sekarang merepek? Lagu zaman sekarang tiada makna? Hmm.. Saya telah bertanyakan kepada beberapa orang. Mari kita tinjau apa mereka katakan. Pertama, saya telah bertanyakan kepada seorang pelajar berumur lima belas tahun, bernama Syafiqah.


Soalan: Awak rasa ada perubahan dengan lagu zaman sekarang dengan lagu zaman dahulu?Jawapan: Ada perubahan. Lagu zaman dahulu rentaknya, boleh dikatakan tidak serancak lagu zaman sekarang. Semestinya, ramai orang-orang zaman dahulu akan meminati lagu-lagu zaman mereka. Untuk remaja seperti saya, saya rasa lagu-lagu zaman sekarang lebih menarik perhatian saya. Rentaknya lebih rancak dan saya suka mendengarnya.

Kedua, saya telah bertanyakan kepada Shafeeqah, seorang pelajar berumur empat belas tahun untuk memberi pendapatnya.

Soalan: Awak rasa ada perubahan dengan lagu zaman sekarang dengan lagu zaman dahulu?
Jawapan: Ada perubahan. Saya memerhatikan lagu zaman dahulu dan zaman sekarang, saya rasa, lagu zaman sekarang menggunakan alat muzik moden seperti piano dan drums lebih kerap. Setahu saya, lagu zaman dahulu tidak menggunakan alat-alat seperti ini. Selain itu, setahu saya lagu zaman dahulu tidak mempunyai ‘rap’ didalam sesebuah lagu itu. Saya rasa, tertarik pada muzik ‘rap’ dari barat, beberapa komposer-komposer Melayu kita mula memasukkan ‘rap’ pada lagu-lagu Melayu kita sekarang. Dan sebab itu, lagu-lagu Melayu zaman sekarang ada kelainannya.

Ketiga, saya telah bertanyakan kepada seorang wanita beumur dua puluh tiga tahun dan ini adalah pendapatnya.

Soalan: Awak rasa ada perubahan dengan lagu zaman sekarang dengan lagu zaman dahulu?
Jawapan: Mesti ada. Dengan adanya alat-alat canggih pada zaman sekarang, lagu-lagu Melayu kita, saya rasa, sudah berubah. Hip-hop dan rap, setahu saya dari barat, telah dimasukkan ke dalam lagu Melayu. Semestinya, orang-orang zaman sekarang, terutamanya remaja-remaja, lebih suka mendengar lagu-lagu sekarang dari mendengar lagu Melayu dahulu. Saya pernah menanyakan kepada seorang remaja.. “Kenapa tidak suka mendengar lagu-lagu dahulu?” Dia berkata, “Tidak suka la. Lagu semua slow and steady. Kadang-kadang merepek pun ada. ” Saya rasa semua orang ada pilihan sendiri. Tetapi, saya memang setuju bahawa lagu-lagu zaman sekarang sudah berubah.


Pada pendapat saya pula, saya rasa, lagu-lagu Melayu sekarang memang ada kelainannya. Saya juga rasa, lagu zaman sekarang lebih menarik kerana lagu-lagunya rancak. Apa pula pendapat anda? Anda boleh meninggalkan apa-apa komen di kotak yang berwarna kuning. Komen ya, jangan tidak komen!! (:

Assalamualaikum.
Nadia. (: