AnakMelayu.
Namaku Nadia.
14.
Sekolah Menengah St.Margaret's.
Terima Kasih dan jaga diri baik-baik ya. (:
Ingin memberitahu sesuatu? Sila emel kepada nadiasmss.anakmelayu@hotmail.com
Komen & Kritik.



Links.
Pertandingan Blogging 2010.

Terima Kasih.
basecodes:223
background:YVONNE Host:1 2
Designer:1 2
Muzik Oh Muzik!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


Comel Oh Comel!(;
Artis-Artis Kegemaran saya. (:
Sezairi Sezali!

Hyrul Anuar!

Didicazli!

Hady Mirza!

Taufik Batisah!

SleeQ!

Wednesday, July 14, 2010
Mencari bakat atau mencari model? blogg-ed at 5:06 AM
Idola Singapura ke Anugerah. Project SuperStar juga Vasantham Star. Pasti anda semua tahu kesemua pertandingan nyanyian yang pasti hangat apabila diadakan. Mencari bakat atau mencari model? Apa maksud saya, anda tanyakan. Anda rasa penyokong-penyokong macam kita ini menyokong siapa? Orang yang mempunyai bakat atau hanya menyokong yang mempunyai wajah yang tampan dan cantik? Kita, terutamanya, kebanyakan remaja-remaja perempuan macam saya ini, sudah mesti menyokong peserta lelaki bukan? Mesti yang comel. Mesti yang kacak. Mesti yang tampan. Betul tidak? Macam saya. Semasa pertandingan Idola Singapura, semasa Sezairi Sezali memenangi peraduan itu, pada mulanya, saya menyokong peserta-peserta seperti Sezairi sendiri, Farhan Shah, Faizal Isa. Mengapa? Sebab, mereka adalah peserta-peserta yang paling, boleh dikatakan, comel atau yang paling tampan. Apabila di sekolah, maklumlah saya ini dari sekolah perempuan, apa lagi, terpekik sana, terpekik sini lah..

"Argh! Faizal Isa cute-nya! Cute kan? Cute kan?!! Farhan Shah cute kan?!"


Semuanya cute. Tetapi, soalannya. Wajarkah kita menyokong hanya peserta yang mempunyai bakat dan juga mempunyai rupa yang tampan dan cantik? Bagaimana pula dengan peserta yang mempunyai bakat tetapi mempunyai rupa yang sederhana? Adilkah itu?

Pada pendapat saya, saya betul rasa bersalah kerana selama ini saya telah bersikap tidak adil. Maksud saya, selama ini, semasa peraduan nyanyian seperti Idola Singapura misalnya, masa mahu memilih peserta yang mana satu harus saya menyokong, saya akan memilih peserta-peserta yang mempunyai rupa. Wajarkah saya berbuat demikian? Cuba anda fikirkan...

Assalamualaikum,
Nadia. (:
Gambar diambil daripada Faizal Isa's Facebook. Credits to Faizal Isa. (: