AnakMelayu.
Namaku Nadia.
14.
Sekolah Menengah St.Margaret's.
Terima Kasih dan jaga diri baik-baik ya. (:
Ingin memberitahu sesuatu? Sila emel kepada nadiasmss.anakmelayu@hotmail.com
Komen & Kritik.
Tuesday, July 27, 2010
Perbincangan: Rentak Singapura 2010. blogg-ed at 9:49 PM

RENTAK SINGAPURA 2010'.
Anda pasti tahu bahawa RENTAK SINGAPURA 2010' akan tiba tidak lama lagi! Mesti semua muzik-fanatik di luar sana tidak sabar untuk menonton konsert ini. Betul tidak?
Apakah tujuan penganjur konsert ini? Saya rasa mereka ingin menonjolkan bakat artis-artis tempatan kita, seperti Didicazli, Sleeq, Fauzie Laily, Revalina, Nana, J.Mizan dan ramai lagi. Apa yang berlainan pada tahun ini, ialah mereka akan mengabungkan artis-artis lama dan juga yang baru. Apa yang saya dengar di radio RIA89.7FM, contohnya, kumpulan Sleeq akan menyanyikan lagu yang agak lama iaitu lagu yang berjudul 'Hari Ini dan Smalam.' dengan gaya mereka sendiri. Menarik bukan? Saya rasa ini adalah satu tujuan yang baik kerana ia membawa artis-artis yang baru, tetapi bukan itu saja, membawa juga, artis-artis yang lama untuk beraksi di pentas RENTAK SINGAPURA 2010' yang akan diadakan di DOWNTOWN EAST D'MARQUEE.
Tiada yang lama, tiada yang baru. Kita wajar menghargai ciptaan artis-artis yang lama bukan? Tiada mereka, tiada muzik pada zaman ini. Apakah pendapat anda? Sila komen ya. (:
Assalamualaikum,
Nadia(: